Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan. - FOTO NSTP/Ghazali Kori
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan. - FOTO NSTP/Ghazali Kori
Zatul Iffah Zolkiply


Marang: Polis mengingatkan semua petugas jentera parti politik yang bertanding tidak mengganggu pengundi yang mahu melaksanakan tanggungjawab mereka.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, ia bagi memastikan keadaan di pusat pengundian berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diiingini.

"Semua pihak termasuk peraih undi perlu beri peluang kepada orang ramai untuk mengundi dalam keadaan yang selesa dan hormatilah hak mereka untuk memilih mana-mana parti.

"Setakat ini, semuanya berjalan lancar. Hasil pemantauan saya di Marang dan di Kuala Terengganu termasuk juga laporan-laporan yang saya terima daripada ketua polis di semua daerah di Terengganu ini mendapati proses pengundian berjalan lancar.

"Tidak ada apa-apa kejadian atau tindakan yang tidak sepatutnya berlaku dalam masa mengundi ini dan kita harap supaya proses mengundi ini berjalan lancar dan tenang sehingga petang ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Rusila di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2023 @ 12:54 PM