Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Anak perempuan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datin Paduka Marina Mahathir menjelaskan bapanya dalam keadaan stabil.

"Sejak dua hari yang lepas, Tun Dr Mahathir Mohamad dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) lanjutan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari 2022.

"Keadaan beliau kini stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sehingga kini wakil media masih berkumpul di pekarangan IJN dan dilarang memasuki pusat itu bagi mengikuti dekat perkembangan Dr Mahathir.

Terdahulu, jurucakap pejabat Dr Mahathir mengesahkan bekas Perdana Menteri itu dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU), IJN.

SEBAHAGIAN pengamal media berkampung di IJN bagi membuat liputan perkembangan kesihatan Dr Mahathir di IJN. FOTO Aswadi Alias
SEBAHAGIAN pengamal media berkampung di IJN bagi membuat liputan perkembangan kesihatan Dr Mahathir di IJN. FOTO Aswadi Alias

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 January 2022 @ 7:10 PM