HASNOL Zam Zam (tengah), Abdul Malik (dua dari kanan) bersama anak yatim dari Pusat Jagaan Nur Salinah Damansara Damai pada majlis pelancaran kempen Kibarkan Jalur Gemilang. FOTO Rohanis Shukri
HASNOL Zam Zam (tengah), Abdul Malik (dua dari kanan) bersama anak yatim dari Pusat Jagaan Nur Salinah Damansara Damai pada majlis pelancaran kempen Kibarkan Jalur Gemilang. FOTO Rohanis Shukri
Redzuan Muharam


Petaling Jaya: Menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-66, Kumpulan Rangkaian Restoran Antarabangsa, D'Tandoor tidak ketinggalan menyemarakkan semangat patriotik menerusi penganjuran kempen 'Kibarkan Jalur Gemilang'.

Pengarah Urusan Kumpulan Rangkaian Restoran D'Tandoor, Datuk Abdul Malik Abdullah berkata, kempen edisi ke-12 itu adalah kesinambungan daripada program terdahulu dalam usaha semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Abdul Malik berkata, inisiatif sempena bulan kemerdekaan itu juga dilaksanakan sebagai tanda menghargai perjuangan tokoh kemerdekaan terdahulu.

"Mungkin sukar untuk generasi masa kini untuk merasai pengorbanan tokoh terdahulu.

"Bagaimanapun, mereka boleh mengambil pengajaran dan mempraktikkan nilai murni yang menjadi teras kepada perjuangan menuntut kemerdekaan negara.

"Menyedari kepentingan memperingati hari bersejarah, kita kempen ini sebagai tanda patriotik terhadap negara kita," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran kempen 'Kibarkan Jalur Gemilang' di Restoran D' Tandoor Damansara Utama, di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Turut memeriahkan majlis adalah pelanggan setia D' Tandoor dan 15 anak yatim dari Pusat Jagaan Nur Sakinah, Damansara Damai, di sini.

Abd Malik berkata, anak yatim diundang sekali ke majlis berkenaan bagi menghargai dan menggembirakan golongan itu.

"Di saat menyambut sambutan kemerdekaan ini, kami tidak lupa juga kepada golongan anak yatim.

"Kita pelawa mereka bersama sebagai tanda kesyukuran selain berkongsi rezeki dan kegembiraan dengan mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2023 @ 6:23 PM