ABDUL Malik  (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Yayasan Jamin yang diwakili Sohaimi (dua dari kanan).
ABDUL Malik (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Yayasan Jamin yang diwakili Sohaimi (dua dari kanan).

Putrajaya: “Ini kali pertama saya dapat menikmati keenakan hidangan sajian masakan dari utara India dan Arab sebagai juadah berbuka puasa,” kata Wan Alya Azri Wan Mohd Haniza, 23.

Remaja sindrom Down yang juga pelajar itu teruja apabila berpeluang merasai pelbagai jenis juadah dari Asia Barat dalam majlis berbuka puasa anjuran Restoran D’Tandoor, Presint 8, di sini, kelmarin.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata, dia dan rakan lain dimaklumkan mengenai jemputan berbuka puasa itu oleh gurunya, Aza Asyikin Salleh, 27.

“Saya tidak pernah makan masakan India atau Arab tetapi hari ini (kelmarin) saya berpeluang menikmati pelbagai jenis juadah dari negara berkenaan seperti Daging Keema, Fish Jal Frezy dan Aloo Gobi Punjabi.

“Saya seronok dapat berbuka puasa bersama rakan serta guru. Apatah lagi makanannya sangat sedap. Kami berterima kasih kepada Restoran D’Tandoor yang sudi menjemput kami,” katanya.

Hadir sama Pengasas Kumpulan D’Tandoor Datuk Abdul Malik Abdullah, Pengerusi Yayasan Jamin Datuk Sohaimi Shahadan dan Timbalan Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) Datuk Nik Izani Nik Ibrahim.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Jun 2017 @ 5:06 AM