MV Tung Sung karam dan terbalik berdekatan Pulau Burung di Sebuyau, hari ini. FOTO ihsan Maritim Malaysia
MV Tung Sung karam dan terbalik berdekatan Pulau Burung di Sebuyau, hari ini. FOTO ihsan Maritim Malaysia
Mohd Roji Kawi


Kuching: Tiga mayat ditemukan terapung di laut hari ini dipercayai kru kapal kargo MV Tung Sung.

Kesemua mayat ditemui terapung di perairan Pulau Burung, Sebuyau.

Jurucakap Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak berkata, kesemua mayat itu ditemui di lokasi kira-kira 15 batu nautika di barat laut pulau berkenaan.

"KM Kota Kinabalu menerima maklumat daripada bot nelayan tempatan yang melaporkan penemuan tiga mayat terapung.

"Aset Maritim Malaysia sedang diatur gerak ke lokasi untuk tindak lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Julai 2023 @ 3:50 PM