KABEL elektrik yang terbakar. FOTO Ihsan Pembaca dan bomba
KABEL elektrik yang terbakar. FOTO Ihsan Pembaca dan bomba
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebuah kabel elektrik di pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Sabit, Kampung Dato Keramat, di sini, meletup dan terbakar selepas dipercayai terkena air ketika usaha pembaikan di kawasan pencawang itu sedang dijalankan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Hamdan Ali berkata bomba menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada 8.52 malam dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

Beliau berkata setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati berlaku kebakaran membabitkan kabel elektrik TNB yang terkena air menyebabkan percikan api susulan kerja-kerja pembaikan oleh pihak TNB.

"Kabel elektrik TNB berkenaan sedang dibaiki oleh pihak TNB serta tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubung malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Julai 2023 @ 12:53 AM