GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Paya Linda Yahya


Gua Musang: Menjadi antara kerusi yang panas pada Pililihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini, UMNO Gua Musang sedia mempertahankan kerusi DUN pada PRN yang akan datang.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, persiapan menghadapi PRN sudah bermula dalam tempoh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Khamis lalu.

"Pertamanya biro politik kita sudah pun mengadakan mesyuarat secara rasmi sebulan yang lalu di mana kesiapsiagaan untuk dilaksanakan bagi menghadapi PRN ini.

"Bermula daripada tempoh pembubaran DUN kami yang pernah menjadi wakil rakyat diminta untuk bersiap sedia terutamanya dalam kita mencari kelemahan-kelemahan sepanjang lima tahun sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing," katanya ketika di temui di Pos Balar, di sini.

Menurutnya, kesiapsiagaan jentera juga kini sedang di titik beratkan bermula dari peringkat bawah.

"Dari segi jentera Ketua UMNO Bahagian sudah mengarahkan supaya kita menitikberatkan persiapan jentera di peringkat cawangan.

"Kalau dulu mungkin kita adakan persiapan di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM),tetapi pada kali ini kita akan terus lagi ke bawah untuk memastikan segala persiapan berjalan dengan lancar," katanya.

Terdahulu media melaporkan PAS Kelantan mungkin meletakkan calon untuk bertanding di kerusi DUN di Jeli dan Gua Musang, pada PRN nanti.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, langkah itu diambil susulan permintaan akar umbi parti itu di kedua-dua jajahan berkenaan dan permintaan itu telah pun disuarakan kepada puck pimpinan BERSATU.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Jun 2023 @ 12:36 PM