OPERASI di dua pusat hiburan di Klang menahan 22 gro; FOTO Ihsan FB JSJ Bukit Aman
OPERASI di dua pusat hiburan di Klang menahan 22 gro; FOTO Ihsan FB JSJ Bukit Aman
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Klang: Taktik dua pusat hiburan menyediakan pintu rahsia khas untuk pelanggan tetap terbongkar selepas diserbu polis dalam operasi di sini, Sabtu lalu.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam satu hantaran Facebook berkata, serbuan dijalankan Bahagian Kongsi Gelap Judi dan Maksiat (D7) itu menahan 22 pelayan pelanggan (GRO) wanita warga asing dan lima individu disyaki penjaga premis.

"Premis yang menawarkan perkhidmatan pelayan wanita ini beroperasi khas untuk pelanggan tetap sahaja dan tidak mempunyai lesen perniagaan.

"Semua pelanggan yang ingin memasuki premis ini haruslah melalui laluan pintu rahsia yang dikawal dari dalam oleh penjaga," katanya hari ini.

JSJ Bukit Aman berkata, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan lanjut.

Katanya, pasukan serbuan turut merampas pelbagai peralatan elektronik dan wang tunai bernilai RM5,000.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 55 B, Seksyen 15 (1)(c), dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1953/69 serta Perkara 39b Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1995," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Jun 2023 @ 5:31 PM