Polis gempur pusat hiburan beroperasi lebih masa dan mengaji pelayan khidmat pelanggan (GRO) warga asing termasuk seorang bawah umur di Kluang, Johor, di sini. FOTO IHSAN PDRM
Polis gempur pusat hiburan beroperasi lebih masa dan mengaji pelayan khidmat pelanggan (GRO) warga asing termasuk seorang bawah umur di Kluang, Johor, di sini. FOTO IHSAN PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


Kluang: Polis gempur pusat hiburan beroperasi lebih masa dan mengaji pelayan khidmat pelanggan (GRO) warga asing termasuk seorang bawah umur di Kluang, Johor, Ahad lalu.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkata, operasi bersepadu itu dijalankan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Menurutnya, dalam serbuan ini seramai 49 individu warga asing dan tempatan ditahan bersama rampasan yang dianggarkan bernilai RM50,000.

"Premis ini didapati beroperasi melebihi masa ditetapkan dan mengaji pekerja warga asing sebagai pelayan termasuk seorang pelayan wanita bawah umur.

"Hasil ujian pemeriksaan air kencing mendapati 15 individu didapati positif menggunakan dadah terlarang," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut pelbagai kesalahan iaitu Peraturan 55b Peraturan Imigresen, Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1953/69 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1953/69.

"Kes turut disiasat Seksyen 107 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 6(2) Enakmen Johor 2003, Seksyen 12 ATIPSOM 2007, dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Sementara itu, Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan serbuan dan tangkapan terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Jun 2023 @ 12:06 PM