Khaw Kok Chin
Khaw Kok Chin
Siti Aminah Mohd Yusof


Georgetown: Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima empat laporan membabitkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan Pulau Pinang milik Kedah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

"Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman," katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini, hari ini.

Sebelum ini Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng menggesa rakyat Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap kenyataan Menteri Besar Kedah itu yang disifatkannya sebagai tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Baru-baru ini Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, beliau sedia disiasat polis berhubung dakwaannya bahawa Pulau Pinang adalah hak Kedah dan negeri diterajuinya itu hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Jun 2023 @ 1:59 PM