GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Nurul Sabrina binti Jamali


Petaling Jaya: Isu kekurangan pengambilan pekerja asing masih dalam perbincangan sama ada mahu diteruskan atau ditangguhkan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, kabinet akan bermesyuarat untuk meneruskan pengambilan pekerja asing yang masih tidak mencukupi kuota.

"Isu ini masih dalam perbincangan dan kami sedang menunggu keputusan kabinet.

"Pihak kami juga tidak boleh berbuat apa-apa selagi mereka tidak memberi keputusan sebulat suara," katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Program Saringan Kesihatan Perkeso 3.0, di sini, hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, Dewan Rakyat diberitahu sehingga 14 Mac lalu sebanyak 995,396 kuota pekerja asing diluluskan Kementerian Sumber Manusia.

Majikan diberikan sehingga 18 bulan bagi urusan membawa masuk pekerja asing ke Malaysia selepas membuat pembayaran levi.

Mustapha berkata, pertimbangan ini diberikan bagi membantu majikan untuk menguruskan kemasukan pekerja asing dalam tempoh yang mencukupi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2023 @ 1:18 PM