Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kenaikan kadar tarif elektrik hanya akan berkuatkuasa kepada kumpulan berpendapatan T20.

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak akan menaikkan kadar tarif elektrik bagi kumpulan B40.

"Pemberian subsidi bersasar yang menjadi isu, kita tidak naikkan kadar elektrik melainkan untuk T20. Saya nak jelaskan di sini untuk T20 sahaja iaitu rumah-rumah besar tidak akan diberikan subsidi elektrik," katanya bagi sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang ingin tahu dasar baharu dan drastik yang telah dilaksanakan semenjak memimpin Malaysia bagi melonjakkan ekonomi negara, dengan mengambil kira risiko penguncupan ekonomi dunia.

Minggu lalu, Anwar berkata, hanya pengguna domestik yang menggunakan elektrik berlebihan akan dikenakan caj tarif elektrik semasa dan tidak diberikan subsidi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, pelaksanaan ini akan dilaksanakan sama seperti yang dikenakan terhadap jemaah haji.

"Ini sama seperti bantuan kewangan haji. Kepada B40 kita tambah, tetapi bagi T20 tidak akan ada lagi tambahan atau subsidi daripada kerajaan.

"Mereka harus belanja sepenuhnya kos haji kerana mereka dalam kalangan yang mampu," katanya.

Berita berkaitan:

Tiada lagi subsidi jika penggunaan elektrik amat tinggi

Subsidi elektrik: Tidak boleh pukul rata

'Kita cari kaedah, yang miskin kita tidak kacau, yang kaya bayarlah' - PM [METROTV]

TNB sokong subsidi bersasar bantu rakyat memerlukan

Pendekatan baharu pastikan agihan subsidi bersasar lebih fokus

ANWAR menjawab soalan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan sempena Persidangan Dewan Rakyat. FOTO Bernama
ANWAR menjawab soalan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan sempena Persidangan Dewan Rakyat. FOTO Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mei 2023 @ 12:17 PM