LAPORAN terdahulu Harian Metro
LAPORAN terdahulu Harian Metro
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Dua lelaki disyaki membunuh ahli perniagaan sebelum menyumbat mayat dalam bagasi dan mencampaknya dari cerun pada 26 April lalu akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kedua-dua suspek adalah warga tempatan akan didakwa dakwa di Mahkamah Majistret Kajang.

"Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan untuk menuduh kedua-dua suspek berkenaan," katanya dalam kenyataan.

Mohd Zaid berkata, kedua-dua suspek terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 akta yang sama.

Mayat ahli perniagaan ditemukan dengan keadaan tangan terikat dalam bagasi di cerun bukit pada ketinggian 27 meter di Hulu Langat, Khamis lalu.

Mangsa, ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dengan kesan leher dijerut pengikat kabel.

Berita berkaitan:

Polis sahkan identiti ahli perniagaan dibunuh

Ahli perniagaan dibunuh, disumbat dalam bagasi, dicampak dari cerun 27 meter

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mei 2023 @ 12:43 PM