LAPORAN terdahulu Harian Metro
LAPORAN terdahulu Harian Metro
Ruwaida Md Zain


Shah Alam: Polis akan mengemukakan permohonan bagi menyambung reman kesemua suspek yang disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang ahli perniagaan di Hulu Langat, Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, permohonan menyambung reman perlu dibuat bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan memandangkan reman suspek berakhir esok.

"Suspek terbabit akan tamat reman esok, 5 Mei dan 7 Mei. Semua akan dipohon sambung reman untuk melengkapkan siasatan. Ini termasuk rakan serumah mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan mangsa yang mati dibunuh, ditemukan dengan keadaan tangan terikat dalam sebuah bagasi di cerun bukit pada ketinggian 27 meter di Hulu Langat, Khamis lalu.

Mangsa, berusia 41 tahun, ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dengan kesan leher dijerut pengikat kabel.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mei 2023 @ 9:08 PM