TANGKAP layar video tular memaparkan empat lelaki memasuki sebuah rumah sebelum mengambil beberapa barangan. FOTO tular
TANGKAP layar video tular memaparkan empat lelaki memasuki sebuah rumah sebelum mengambil beberapa barangan. FOTO tular
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Polis menafikan video tular memaparkan empat lelaki memasuki sebuah rumah yang didakwa di Farlim, di sini, sebaliknya ia kejadian yang berlaku di Selangor.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya mengesan video yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu di Facebook dan semakan mendapati lokasi sebenar kejadian adalah di Selangor.

"Hasil semakan mendapati lokasi kejadian adalah di Selangor dan bukan di Farlim seperti yang didakwa pemilik akaun.

"Penyebar berita palsu boleh disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mutimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Menerusi video tular berkenaan, empat individu memasuki sebuah rumah dan mengambil beberapa barangan sebelum bertindak meninggalkan kediaman itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mei 2023 @ 6:35 PM