GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Abnor Hamizam Abd Manap


Jelebu : Disangka kijang, seorang lelaki maut ditembak oleh rakannya ketika mereka memburu di kawasan hutan berhampiran Muka Sauk, Kuala Klawang di sini.

Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, dalam kejadian awal pagi 24 April lalu, rakan mangsa berusia 61 tahun meninggal dunia ditempat kejadian.

Katanya suspek berusia 52 tahun menyerah diri pada jam 10.30 malam di Balai Polis Titi.

"Siasatan pihak polis mendapati suspek dan mangsa masuk ke kawasan hutan itu untuk berburu dengan membawa senjata api buatan sendiri.

"Ketika sedang berburu suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa yang disangka kijang sebelum mangsa meninggal ditempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Maslan berkata tangkapan sudah dibuat keatas suspek dan polis turut merampas satu laras senjata api buatan sendiri serta beberapa butir peluru hidup dan kelongsong peluru.

"Suspek direman sehingga 30 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 April 2023 @ 6:45 PM