GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan dekat Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Pahang serta Sarawak sehingga jam 8 malam hari ini.

Amaran itu dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 4.45 petang hari ini.

Kawasan terbabit adalah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor; Melaka, Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya .

"Keadaan sama juga dijangka berlaku di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak; Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Perlis dan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.

"Turut diramalkan berdepan cuada buruk adalah adalah Perlis; Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera di Pahang serta Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang) di Sarawak," katanya.

Menurut METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

"Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mac 2022 @ 5:59 PM