Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Sambutan Hari Peringatan Polis Ke-216, pagi ini.

Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ke istiadat perbarisan yang diadakan di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, adalah kali pertama dalam sejarah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid.

Seramai 102 anggota kawalan kehormatan dari Pasukan Simpanan Persekutuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-216 bertemakan "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada".

Istiadat turut membabitkan persembahan pancaragam, lintas hormat tiga helikopter Pasukan Gerakan Udara jenis AS 355 dan AW 139, pentomin dan deklamasi sajak.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkenan memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan pada Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-216 Tahun 2023 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. FOTO ASYRAF HAMZAH

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mac 2023 @ 9:56 AM