ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran empat premis berkenaan. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran empat premis berkenaan. FOTO Ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


Petaling Jaya: Empat premis berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Sri Manja, Jalan PJS 1/26 Taman Petaling Utama, di sini, musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 9.39 malam.

"Seramai 40 pegawai dan anggota bersama tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penchala, BBP Seksyen 7, BBP Subang Jaya serta BBP Puchong, dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami mendapati kebakaran itu membabitkan empat premis iaitu dua kedai alat ganti kereta serta dua kedai motosikal dan aksesori motosikal," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, kejadian itu menyebabkan kemusnahan premis secara keseluruhan dianggarkan 80 peratus.

"Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ini. Kebakaran itu berjaya dikawal jam 10.11 malam tadi.

"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 January 2022 @ 8:04 AM