Sebuah bas yang dinaiki tujuh pekerja terbabas dibahu jalan di Kampung Baru Lanjut,Sepang akibat brek tidak berfungsi semalam. Foto ihsan pembaca.
Sebuah bas yang dinaiki tujuh pekerja terbabas dibahu jalan di Kampung Baru Lanjut,Sepang akibat brek tidak berfungsi semalam. Foto ihsan pembaca.
Samadi Ahmad


Sepang: Tujuh pekerja kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berdepan detik cemas apabila bas dinaiki terbabas dan hampir terbalik berhampiran Kampung Baru Lanjut di sini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.58 malam tadi ketika kenderaan itu dipandu dari arah KLIA dan dalam perjalanan menghantar penumpangnya pulang di sekitar Sepang Lama.

Menurutnya, ketika melalui jalan berbukit berhampiran Taman Salak Suria di sini, brek bas berkenaan dikatakan tidak dapat berfungsi.

"Akibatnya pemandu bas itu tidak dapat mengawal kenderaan menyebabkan bas itu mengundur dan terbabas ke bahu jalan serta melanggar tiang.

"Semua penumpang termasuk pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan serius," katanya.

Katanya, pemandu bas berusia 61 tahun memiliki lesen lengkap dan bas itu juga dilengkapi cukai jalan sah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 January 2023 @ 5:24 PM