Rafiqah Dahali

Kota Kinabalu: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya akan mencari jalan secara 'menang-menang' (win-win) bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda Sabah ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor malam ini.

"Pada malam ini Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama saya akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah.

"Permasalahan politik di Sabah ini, insya-Allah akan membincangkan dari hati ke hati dan kita akan berikhtiar supaya 'win-win' akan dicapai dalam perundingan nanti.

"Selepas pertemuan itu nanti saya yakin Datuk Seri Anwar akan bertemu dengan saudara-saudari (pengamal media) bagi menyatakan apakah keputusan yang akan dibuat dalam pertemuan yang akan dibuat nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi pertemuannya dengan pimpinan tertinggi BN Sabah, di sini, malam ini.

Ahmad Zahid meninggalkan bangunan Umno Sabah pada jam 9:30 malam dan dipercayai menanti ketibaan Perdana Menteri di The Magellan Sutera.

AHMAD Zahid bergambar ketika hadir ke Majlis Anugerah Gerakan Belia 4B di MAHSA University Jenjarom hari ini. FOTO Bernama
AHMAD Zahid bergambar ketika hadir ke Majlis Anugerah Gerakan Belia 4B di MAHSA University Jenjarom hari ini. FOTO Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 January 2023 @ 10:13 PM