GAMBAR hiasan. FOTO Ghazali Kori
.
GAMBAR hiasan. FOTO Ghazali Kori
.
Nor Fazlina Abdul Rahim


Image

Kota Bharu: Proses kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) memasuki hari kedua di Kelantan sehingga kini berjalan lancar dan semua calon parti yang bertanding mematuhi peraturan berkempen di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Jurucakap Media PRU-15 Kontinjen Polis Kelantan, Superintendan Zulkifli Mat Deris, berkata, sepanjang tempoh berkempen, sebanyak 33 Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) PDRM Kelantan ditempatkan di semua daerah bagi memantau aktiviti politik sepanjang tempoh berkempen.

"Sehingga jam 8 pagi tadi, sebanyak enam aktiviti ceramah dicatatkan dan kesemuanya mematuhi peraturan Akta Pilihanraya.

"Malah, tiada sebarang insiden yang tidak diingini dilaporkan berlaku sepanjang tempoh berkenaan.

"Keseluruhannya sepanjang tempoh berkempen bagi tempoh 24 jam ini, tahap keselamatan bagi Kelantan adalah dalam suasana aman dan terkawal," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya, polis Kelantan turut menasihatkan supaya semua parti bertanding, kumpulan penyokong dan orang ramai yang berkenaan supaya mengikuti segala peruntukan undang-undang ditetapkan.

"Ini membolehkan sepanjang tempoh berkempen berjalan dalam suasana aman dan harmoni," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 November 2022 @ 4:27 PM