DR Mahathir tiba di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi. FOTO Hamzah Osman
DR Mahathir tiba di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi. FOTO Hamzah Osman
Wartawan HM
Image


Langkawi: Setakat 9.30 pagi ini, kerusi Parlimen Langkawi dijangka menyaksikan pertandingan lima penjuru apabila lima calon menyerahkan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi, di sini.

Selain penyandang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Armishah Sirahlj, turut berbuat demikian, calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Suhaimi Abdullah dan Pakatan Harapan (PH), Zabidi Yahya dan calon bebas, Abdul Kadir Sainudin.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya, dijangka mengumumkan nama-nama calon bertanding pada jam 11.30 pagi, selepas tempoh bantahan tamat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2022 @ 9:39 AM