SUSPEK tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Melaka diiringi anggota SPRM. FOTO Nuraliawati Sabri
SUSPEK tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Melaka diiringi anggota SPRM. FOTO Nuraliawati Sabri
Nuraliawati Sabri


Melaka: Pengarah jabatan universiti awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan membabitkan suapan menerima Honda Accord bernilai lebih RM174,000.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mazana Sinin, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tahaman reman lelaki berusia 50-an itu bermula hari ini sehingga 26 September.

Perintah itu diberikan bagi membolehkan siasatan terhadap suspek mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Lelaki itu ditahan kira-kira 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka di Alai, selepas disyaki menerima suapan daripada pemilik syarikat kontraktor di Klang, Selangor sebagai dorongan untuk memperoleh tender terbuka bernilai RM1,654,350.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 September 2022 @ 11:43 AM