Hayati Ibrahim


Putrajaya: Empat individu termasuk ahli perniagaan bergelar Datuk yang juga bekas pegawai kanan ditahan reman di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan kes rasuah perlombongan bauksit di Pahang.

Perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Eric Lau.

Turut direman wanita yang juga pekerja syarikat perlombongan, peguam dan pegawai kanan Jabatan Mineral dan Geosains Pahang.

Semua suspek berusia antara 34 hingga 42 tahun ditahan semalam.

Menurut peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar yang mewakili ahli perniagaan dan peguam, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009, iaitu menggunakan dokumen yang mengandungi maklumat palsu.

Semua suspek yang dilihat memakai baju lokap berwarna jingga dan bergari dibawa ke mahkamah kira-kira 9.30 pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2016 @ 1:24 PM
ANTARA empat orang yang direman bagi bantu siasatan kes rasuah perlombongan bauksit. FOTO Fariz Iswadi Ismail
ANTARA empat orang yang direman bagi bantu siasatan kes rasuah perlombongan bauksit. FOTO Fariz Iswadi Ismail