RAKAMAN gambar kemalangan membabitkan lori, pacuan empat roda yang melanggar kereta api penumpang. FOTO Facebook Inforoadblock
RAKAMAN gambar kemalangan membabitkan lori, pacuan empat roda yang melanggar kereta api penumpang. FOTO Facebook Inforoadblock
Juwan Riduan


Kota Kinabalu: Sebuah kereta api milik Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) bertembung dengan dua kenderaan berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, hari.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kemalangan berlaku kira-kira 3 petang tadi membabitkan sebuah lori, pacuan empat roda Toyota Hilux serta kereta api penumpang yang bergerak dari arah Papar ke Kota Kinabalu.

"Kedua-dua kenderaan berkenaan bergerak dari arah Luyang menuju ke KKIA. Kemalangan tidak membabitkan kemalangan jiwa," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, pihaknya menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2022 @ 5:35 PM