Juwan Riduan


Kota Kinabalu: Berang dengan rakan yang memotong barisan untuk menunggu pelanggan didakwa menjadi punca seorang pemandu kereta Airport Limo nekad merempuh tiga kenderaan dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, lelaki berusia awal 60-an terbabit dikatakan bertindak demikian bagaimanapun bernasib baik ia tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kecederaan.

Rakaman kejadian berdurasi hampir satu minit itu tular di laman sosial.

PEMANDU yang mengamuk merempuh tiga kenderaan terbaring dalam kejadian di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). FOTO ihsan Pembaca
PEMANDU yang mengamuk merempuh tiga kenderaan terbaring dalam kejadian di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). FOTO ihsan Pembaca

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Julai 2021 @ 7:07 PM