IDRIS (kanan) beramah mesra bersama peguam syarie yang hadir pada Majlis Perasmian Dan Mesyuarat Pemilihan Anggota Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutan. FOTO Samadi Ahmad
IDRIS (kanan) beramah mesra bersama peguam syarie yang hadir pada Majlis Perasmian Dan Mesyuarat Pemilihan Anggota Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutan. FOTO Samadi Ahmad
Samadi Ahmad


Putrajaya: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sudah menjalankan siasatan sejak semalam bagi menyiasat ajaran Hadi Minnallah yang aktif menyebarkan dakyah mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, Jawi sudah mengenal pasti lokasi pusat kegiatan ajaran itu di Kuala Lumpur dan akan bertindak mengikut prosedur.

Menurutnya, tindakan akan dijalankan mengikut bidang kuasa agama negeri yang terbabit dengan kerjasama polis.

Katanya, pihaknya tidak boleh menyekat dakyah mereka yang disebarkan melalui YouTube dan hanya boleh melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk diambil tindakan.

"Kita akan jalankan siasatan dan setakat ini masih belum menerima maklumat sejak bila ajaran sesat itu mula aktif di negara ini," katanya pada sidang media Majlis Perasmian dan Mesyuarat Pemilihan Anggota Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutan di Auditorium Jabatan Kemajuan Islam, di sini, hari ini.

Idris berkata, pihaknya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ajaran sesat untuk melaporkanya kepada pihak berkuasa agama negeri dan polis bagi membolehkan tindakan diambil.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata, setakat ini terdapat 900 peguam syarie di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Ogos 2022 @ 12:12 PM