SAIFUL Ihsan dilaporkan hilang di Taman Sri Gayang, Tuaran. FOTO Ihsan Penduduk.
SAIFUL Ihsan dilaporkan hilang di Taman Sri Gayang, Tuaran. FOTO Ihsan Penduduk.
Recqueal Raimi


Tuaran: Kanak-kanak lelaki autisme dikhuatiri hilang dari rumahnya di perumahan Taman D' Sri Gayang di sini, hari ini.

Saiful Ihsan, 8, disedari hilang kira-kira jam 5 petang oleh ahli keluarganya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada 6.05 petang.

Katanya, sebaik menerima panggilan itu, sembilan anggota bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

"Pada mulanya, ahli keluarga dan jiran terdekat mencari mangsa di sekitar rumah, namun tidak ditemui.

"Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan bantuan penduduk di sekitar lokasi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Julai 2022 @ 8:44 PM