GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Hazsyah Abdul Rahman


Sandakan: Seorang anggota penguat kuasa diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM5,000.

Suapan berkenaan bagi urusan pengeluaran kad pengenalan warganegara Malaysia.

Menurut sumber, suspek berusia 42 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Sandakan kira-kira 9.30 pagi, hari ini, ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, suspek dipercayai meminta dan menerima suapan daripada seorang individu sebagai upah menguruskan pengeluaran kad pengenalan.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

"Suspek bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan SPRM dan dijangka akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan pada hujung bulan ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Jun 2022 @ 6:04 PM