Siti Nor Hidayatidayu Razali


SEORANG kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) cawangan Tanah Merah berusia 50an yang disyaki menerima suapan RM500 ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bandar Tanah Merah, hari ini.

Lelaki berkenaan ditahan jam 5.35 petang selepas SPRM mendapat aduan daripada seorang pengadu.

Suapan terbabit diterima sebagai balasan menyelesaikan waran tangkapan selepas lelaki itu gagal dalam ujian saringan air kencing yang didapati positif dadah.

Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Shamsudin Yusof mengesahkan penahanan itu selepas suspek menerima suapan RM500.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009," katanya hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 November 2017 @ 8:29 PM