KEDUA-dua suspek ditahan SPRM Sandakan. FOTO Ihsan SPRM
KEDUA-dua suspek ditahan SPRM Sandakan. FOTO Ihsan SPRM
Hazsyah Abdul Rahman


Sandakan: Seorang pengurus syarikat dan penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu membabitkan penyelenggaraan bot Klinik Bergerak 1Malaysia di Kinabatangan bernilai kira-kira RM336,000.00 pada 2019.

Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali membenarkan tahanan reman selama enam hari terhadap mereka bermula hari ini hingga 12 April ini.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki itu ditahan petang semalam ketika hadir di pejabat SPRM Sandakan untuk membantu siasatan.

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy semasa dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua lelaki terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 April 2021 @ 3:47 PM