Nuratikah Athilya Hassan


Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran, ribut petir akan dialami oleh kebanyakan tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, selama tiga hari bermula hari ini hingga Rabu.

MetMalaysia dalam kenyataannya, memaklumkan pagi ini hujan dialami di beberapa tempat di Pahang, Kelantan dan Sabah (Tawau, Sandakan dan Kudat) manakala pada sebelah petang pula, amaran sama turut dikeluarkan bagi Terengganu dan Kelantan.

Seterusnya, amaran ribut petir di beberapa tempat di negeri Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor serta di daerah Kapit, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Miri dan Limbang manakala di Sabah pula membabitkan daerah Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.

Sebelah malam, amaran ribut petir di satu dua tempat di Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sabah (Pedalaman dan WP Labuan manakala hujan di satu dua tempat di Perak, Sarawak (Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu) dan Sabah (Tawau, Sandakan dan Kudat).

Seterusnya, hujan yang dijangka pagi esok (Selasa) membabitkan negeri Pahang, satu dua tempat di Terengganu, Melaka, Johor, Sarawak (Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei dan Mukah) dan Sabah (Pantai Barat dan WP Labuan) manakala hujan di satu dua tempat di kawasan pantai dijangka berlaku di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Pada sebelah petang dan malam, amaran ribut petir dibeberapa tempat di Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor manakala hujan di satu dua tempat bagi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Kelantan, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Sarawak melibatkan daerah Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang manakala di Sabah membabitkan daerah pedalaman dan Tawau.

Pada Rabu, MetMalaysia menjangka berlakunya hujan pada pagi di Pahang, satu dua tempat di Kelantan dan Sabah (Tawau, Sandakan dan Kudat).

Bagi petang dan malam amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Terengganu dan Perak serta satu dua tempat di Kelantan.

Berikutnya, amaran ribut petir di beberapa tempat membabitkan negeri Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, dan Johor, satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Begitu juga bagi daerah Kapit, satu dua tempat di daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Miri dan Limbang manakala di Sabah, membabitkan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2022 @ 12:57 PM