ALLAHYARHAM Tan Sri Dr Ali Hamsa. FOTO Ihsan Istana Negara
ALLAHYARHAM Tan Sri Dr Ali Hamsa. FOTO Ihsan Istana Negara
Samadi Ahmad


Putrajaya: Penerbangan membawa pulang jenazah bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6.30 pagi esok.

Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini, memaklumkan jenazah akan dibawa ke Masjid

Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Presint 3, Putrajaya untuk penghormatan terakhir di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni bermula jam 11 pagi hingga 1 tengah hari.

Menurutnya, pelawat yang ingin memberikan penghormatan terakhir di dinasihatkan untuk tiba di dewan bermula 11 pagi hingga ke 1 tengah hari sebelum upacara pengebumian.

"Jenazah akan disembahyangkan selepas solat Zohor di Dewan Solat Utama MTMZA.

"Jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Presint 20 pada jam 1.30 petang sejurus selepas selesai solat jenazah," katanya.

Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob akan hadir memberi penghormatan terakhir dan solat jenazah.

Ali, 66, yang berkhidmat sebagai KSN ke-13 selama enam tahun dari 2012, meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland pada Khamis.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 April 2022 @ 12:15 AM