Whoscall mampu mengenalpasti panggilan tidak dikenali dalam masa nyata. - Gambar hiasan
Whoscall mampu mengenalpasti panggilan tidak dikenali dalam masa nyata. - Gambar hiasan
Muhamad Shaifullah Tayep

LAPORAN kes panggilan palsu atau scam semakin banyak terpampang di dada akhbar saban hari.

Penipu licik ini bukan sahaja bijak memperdaya, malah sentiasa memperbaharui taktik penipuan bagi mengaburi mangsa dan pihak berkuasa.

Terbaharu, taktik penipuan Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pelbagai lagi agensi bukan kerajaan untuk memperdaya mangsa terbongkar.

Pada Februari 2022, pihak polis menerima dua laporan polis berkenaan penipuan itu yang dibuat dua lelaki kononnya mempunyai tunggakan cukai, masing-masing berusia 29 dan 36 tahun membabitkan kerugian hampir RM20,000.

Terbaharu, seorang guru wanita dari Kuantan berusia 55 tahun kerugian RM277,000 selepas diperdaya sindiket penipuan Macau Scam, kononnya terbabit kesalahan pengubahan wang haram membabitkan tiga tuntutan insurans dengan hospital swasta di Petaling Jaya berjumlah RM68,800.

Seorang pegawai bank dari Seremban berusia 53 tahun juga dilaporkan terjerat dengan modus operandi licik Macau Scam apabila menyerahkan wang RM605,000 kepada sindiket berkenaan yang mendakwa ejen insurans.

Justeru, syarikat pakar teknologi anti-penipuan dari Taiwan, Gogolook menyarankan rakyat Malaysia memuat turun aplikasi Whoscall bagi mengenalpasti panggilan tidak dikenali daripada terus ditipu.

Mula diperkenalkan secara percuma pada 2010 melalui Google Play, kini Whoscall sudah mencecah 100 juta muat turun dan menyekat lebih 7 bilion panggilan serta mesej tidak dikenalpasti secara global dan membantu lebih 800,000 rakyat Malaysia daripada ditipu.

Dengan pangkalan data berkualiti melebihi 1.6 bilion nombor yang menjadi pangkalan data nombor satu terbesar di Asia Timur dan teknologi kecerdasan buatan (AI) termaju, Whoscall mampu membantu mengenalpasti identiti pemanggil sebelum anda menjawab panggilan.

Pelbagai jenis identiti pemanggil tidak dikenal pasti dapat dikesan dalam masa nyata seperti penipuan, panggilan menjengkelkan, panggilan tidak diingini daripada ejen kad kredit, pinjaman peribadi, program insurans, program kursus kecergasan dan kesihatan, penyelidikan pemasaran dan bermacam lagi.

Whoscall menyediakan komuniti dengan penuh kepercayaan dalam komunikasi dan keselamatan menerusi kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta organisasi polis negara yang lain.

Whoscall turut dianugerahkan Aplikasi Terbaik 2015 di App Store, Aplikasi Terbaik 2013 dan 2015 Google Play serta memenangi Anugerah Inovasi Terbaik Google pada 2013.

Muat turun Whoscall, aplikasi wajib ada untuk anti-penipuan sekarang di https://whoscall.onelink.me/yz7G/download.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2022 @ 1:23 PM