LAPORAN Harian Metro sebelum ini
LAPORAN Harian Metro sebelum ini
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Siasatan tatatertib dibuka ke atas anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju yang menayangkan gari ketika memandu kereta Proton Persona di Jalan Tun Razak, di sini, sehingga tular di media sosial.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata, siasatan selari tatatertib dijalankan di peringkat IPD di mana tempat dia bertugas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, individu terbabit adalah anggota berpangkat Lans Koperal dan bertugas di IPD itu.

"Saya sahkan anggota itu dari IPD Wangsa Maju berpangkat Lans Koperal.

"Siasatan tatatertib dibuka atas salah laku dari aspek disiplin dan integriti," katanya ketika dihubungi hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis sedang menyiasat penularan video memaparkan pemandu kereta menayangkan gari ketika melalui jalan raya di sekitar pusat bandar.

Berita berkaitan

Siasat pemandu tayang gari [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Februari 2022 @ 3:55 PM