Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Polis sedang menyiasat penularan video memaparkan pemandu kereta menayangkan gari ketika melalui jalan raya di sekitar pusat bandar.

Video berdurasi lebih dua minit itu sudah ditonton 8,400 kali di FAcebook setakat 3.50 petang ini dan dengan 174 komen netizen yang rata-rata meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan ke atas pemandu terbabit.

Pengguna Facebook (FB), Azrul Ismail menulis: "apalagi buat report lah, jangan ingat dia polis boleh berlagak tunjuk gari/pistol untuk takut kan orang, Ini samseng jalanan namanya, bawa kereta pun tak betul, tak hormat pengguna lain!!!"

Sementara itu, pengguna FB, Izham Nabil Anuar pula menulis, "kalau betul dia polis dia boleh kena tatatertib kerana tunjuk gari macam tu... kalau dia org awam... boleh je sesiapa pergi beli gari dekat pertama kompleks tu haha... tayang konon polis… kena tangkap pishang."

Seorang lagi pengguna FB, Ahmad Shamsi pula dalam ruangan komen itu menulis: "video ada, no plat ada, report terus. Dah kira satu ugutan tu."

Setakat ini masih belum dapat dipastikan identiti individu terbabit sama ada orang awam atau pegawai penguatkuasaan dan difahamkan polis Kuala Lumpur sedang dalam siasatan dan akan mengeluarkan kenyataan media nanti.

PETIKAN video tular memaparkan pemandu kereta menayangkan gari.
PETIKAN video tular memaparkan pemandu kereta menayangkan gari.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Februari 2022 @ 4:15 PM