ANGGOTA bomba menaikkan mangsa. FOTO Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak
ANGGOTA bomba menaikkan mangsa. FOTO Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Kampar: Hasrat empat sekawan mandi-manda di kawasan rekreasi Air Terjun Batu Berangkai dekat perkampungan Orang Asli, di sini, hari ini bertukar trajedi apabila dua daripada mereka ditemukan lemas.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata dua mangsa yang lemas dikenali sebagai Muhammad Fikri Adam Azmi dan Muhammad Amirul Hafidz Ma'asor masing-masing berusia 20 tahun.

Menurutnya, insiden berlaku ketika dua lelaki berkenaan bersama dua lagi rakan mereka melakukan aktiviti berkelah di air terjun berkenaaan.

"Seorang daripadanya berjaya dibawa naik oleh orang awam.

"Manakala seorang lagi ditemukan oleh anggota bomba pada kedalaman tiga meter, kira-kira jam 11.22 pagi tadi," katanya melalui satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa disahkan maut oleh pegawai perubatan hospital yang hadir ke tempat kejadian.

"Panggilan diterima pada jam 10.34 pagi tadi dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar digegaskan ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Operasi berakhir jam 11.33 pagi. Kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Februari 2022 @ 1:35 PM