TANGKAP layar rakaman video menunjukkan remaja menunggang motosikal secara berbahaya. FOTO Ihsan Polis
TANGKAP layar rakaman video menunjukkan remaja menunggang motosikal secara berbahaya. FOTO Ihsan Polis
Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: Seorang remaja yang menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuhraya Seremban-Port Dickson menyerah diri kepada polis, hari ini, selepas rakaman video aksinya itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan Sabtu lalu berhubung rakaman video menunjukkan aksi sekumpulan remaja menunggang motosikal dengan seorang daripada mereka membuat aksi 'superman'.

"Pada 9 pagi semalam, polis dapat mengesan motosikal Modenas Kriss 120 yang digunakan membuat aksi membahayakan ketika ditunggangi di lebuh raya itu.

"Bertindak atas maklumat, bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson mengesan penunggang motosikal itu, namun pagi 9.45 pagi tadi, remaja berusia 17 tahun itu hadir menyerah diri apabila mengetahui polis sedang memburunya," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 January 2022 @ 5:28 PM