KERETA Civic terbabas sebelum merempuh empat kerrta berhenti di lampu isyarat di Jalan Gombak menghala Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur, malam tadi. FOTO ihsan polis.
KERETA Civic terbabas sebelum merempuh empat kerrta berhenti di lampu isyarat di Jalan Gombak menghala Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur, malam tadi. FOTO ihsan polis.
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Polis menahan seorang pemandu kereta Honda Civic yang menyebabkan kemalangan dengan empat kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat di Jalan Gombak menghala Jalan Genting Klang, di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian berlaku pada 8.20 malam membabitkan Honda Civic, Proton Saga, Perodua Myvi dan dua Perodua Bezza.

"Siasatan mendapati lelaki berusia 45 tahun memandu Honda Civic di lorong paling kanan sebelum kereta itu hilang kawalan lalu merempuh empat kereta sedang berhenti di lampu isyarat sebelum terbalik.

"Bagaimanapun, semua pemandu yang terbabit dalam kemalangan itu tidak cedera," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sarifudin berkata, lelaki itu kemudian dibawa ke balai polis untuk ujian saringan air kencing dan keputusannya adalah negatif.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat sehingga membahayakan pengguna lain.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya dengan menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 January 2022 @ 11:06 AM