PIHAK berkuasa menyerbu premis yang menjalankan kegiatan perlombongan bitcoin. FOTO ihsan polis
PIHAK berkuasa menyerbu premis yang menjalankan kegiatan perlombongan bitcoin. FOTO ihsan polis
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Taiping: Sebanyak 10 premis yang disyaki menjalankan kegiatan perlombongan bitcoin dengan mencuri elektrik di daerah ini diserbu polis semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya merampas sejumlah 480 unit mesin bitcoin, tiga unit monitor, tiga unit CPU, empat papan kekunci tiga tetikus dan 13 modem.

Menurutnya, semua barang yang dirampas dianggarkan bernilai RM720,000.

"Tiada sebarang tangkapan dibuat dan 10 premis yang digunakan untuk kegiatan perlombongan bitcoin itu tidak menjalankan sebarang perniagaan berlesen.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990," katanya kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 January 2022 @ 10:45 AM