Nurul Amanina Suhaini

Johor Bahru: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 5,479 orang daripada 1,486 keluarga, setakat jam 8 pagi ini.

Mereka ditempatkan di 78 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah.

Ia berbanding hanya 5,442 mangsa daripada 1,476 keluarga di 78 PPS, jam 4 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, Segamat masih menjadi daerah paling terjejas banjir apabila mangsa meningkat kepada 4,016 orang daripada 1,093 keluarga yang ditempatkan di 52 PPS, pagi ini.

Katanya, ia berbanding hanya 3,988 mangsa daripada 1,086 keluarga yang ditempatkan di 52 PPS, 4 pagi tadi.

TINJAUAN Bernama dari udara melalui helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di sekitar Buluh Kasap, Segamat, semalam mendapati beberapa perumahan dan laluan masih terjejas dan ditenggelami air. FOTO Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 January 2022 @ 9:03 AM