KEADAAN bas yang dirempuh lori. FOTO Ihsan JBPM
KEADAAN bas yang dirempuh lori. FOTO Ihsan JBPM
Rosman Shamsudin


Bidor: Lima penumpang bas persiaran berdepan detik cemas selepas bas yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 345.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata pihak bomba menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 11.05 malam.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor serta Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) BBP Slim River dikejarkan ke tempat kejadian.

"Tiba di tempat kejadian mendapati terdapat lori muatan tiga tan dipercayai terbabas lalu melanggar bas persiaran terbabit.

"Terdapat lima penumpang di dalam bas terbabit bagaimanapun selamat," katanya melalui kenyataan media.

Beliau berkata pemandu lori berusia 40-an mengalami kecederaan manakala kelindannya pula tidak cedera.

"Mangsa yang selamat diberi rawatan awal manakala individu cedera di bawa ke hospital untuk menerima rawatan," katanya yang turut memaklumkan operasi tamat jam 12 tengah malam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 January 2022 @ 8:43 AM