RAKAMAN video sebahagian kenderaan memotong di lorong kecemasan yang tular di media sosial. FOTO tular Facebook
RAKAMAN video sebahagian kenderaan memotong di lorong kecemasan yang tular di media sosial. FOTO tular Facebook
Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: Polis sudah mengenal pasti sembilan kenderaan memotong menggunakan lorong kecemasan di laman Port Dickson Area, di sini, seperti dalam rakaman video berdurasi 43 saat yang tular di Facebook, hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian berlaku antara 2 hingga 3 petang hari ini.

"Pergerakan kenderaan ketika itu dari arah Sunggala menuju ke arah Sua Betong memasuki Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.

"Polis juga sudah mengenal pasti butiran pemilik dan jenis kenderaan yang melakukan kesalahan itu," katanya dalam satu kenyataan media di sini tadi.

Aidi Sham berkata, pemilik kenderaan berkenaan diminta supaya hadir ke Balai Trafik Port Dickson bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Disember 2021 @ 9:59 PM