Zaid Salim


Kuala Terengganu: Beberapa jenis sayur dikesan berlaku kenaikan harga antara 70 hingga 100 peratus, hari ini.

Tinjauan di Pasar Chabang Tiga, di sini, mendapati harga lobak merah paling ketara apabila kenaikan berganda iaitu daripada RM3 kepada RM6 sekilogram (kg).

Sayur lain adalah kobis (RM3.50 kepada RM6, salad (RM8 kepada RM13), kangkung RM8 kepada RM15), kailan RM8 kepada RM14 tomato (RM4 kepada RM6 .

Peniaga, Marzuki Umar, 59, berkata sayur lain yang mengalami kenaikan harga adalah bunga kubis iaitu daripada RM14 kepada RM20 (per/kg), lada siam (RM12 kepada RM23) dan cili merah (RM16 kepada RM22)

"Manakala kacang botol serta timun naik sebanyak 20 peratus," katanya.

Seorang lagi peniaga, Rohayu Seman, 24, berkata, beberapa sebab boleh dikaitkan dengan kenaikan harga berkenaan antaranya cuaca dan harga baja.

Menurutnya, harga baja dikatakan naik sehingga 100 peratus selain musim tengkujuh menyebabkan pengeluaran sayur terjejas.

"Ada beberapa sayur yang 'kurang menjadi' terpaksa dibawa masuk daripada luar menyebabkan harga menjadi tinggi," katanya.

"Kenaikan harga sayur ini memberi kesukaran kepada peniaga namun ia terpaksa dilakukan memandangkan harga diterima daripada pembekal juga tinggi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Disember 2021 @ 5:28 PM
ORANG membeli sayur di Pasar Chabang Tiga. Tinjauan mendapati harga sayur-sayuran meningkat sehingga 50 peratus di negeri ini. FOTO GHAZALI KORI
ORANG membeli sayur di Pasar Chabang Tiga. Tinjauan mendapati harga sayur-sayuran meningkat sehingga 50 peratus di negeri ini. FOTO GHAZALI KORI