Annuar Musa mencuba alat Goggle Virtual Realiti (VR) ketika hadir melancarkan aplikasi atas-talian Maxis eKELAS, semalam. FOTO BERNAMA
Annuar Musa mencuba alat Goggle Virtual Realiti (VR) ketika hadir melancarkan aplikasi atas-talian Maxis eKELAS, semalam. FOTO BERNAMA
Hajar Umira Md Zaki


Kuala Lumpur: Maxis menawarkan pengalaman pembelajaran digital yang menarik menerusi aplikasi mudah alih eKelas.

Ia dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Annuar Musa secara maya, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut, berkata, aplikasi eKelas ini kini merangkumi lebih 50,000 pelajar termasuk pelajar dari 600 buah sekolah seluruh negara.

"Program komuniti khusus bagi pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima membawakan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan serta akses kandungan digital melalui portal eKelas.

"Aplikasi mudah alih ini menawarkan lebih 3,000 kandungan pembelajaran ringkas bagi tiga mata pelajaran teras iaitu Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains.

"Ia termasuklah video ulang kaji pembelajaran, nota peperiksaan, bahan bacaan dan sesi bimbingan secara langsung bersama guru-guru berpengalaman dan pengurus komuniti, Abang Portal," katanya.

Mengulas lanjut, Ogut berkata, pelajar juga boleh menyertai pertandingan HIP StoryFest dan Misi Jelajah Digital bagi mengukuhkan bakat mengekod, pemikiran kritis dan kemahiran bercerita.

Dalam pada itu, eKelas turut menghubungkan guru dengan pelajar bagi berkongsi kandungan pembelajaran bersama, serta menggalakkan ibu bapa untuk menggunakan eKelas bagi memerhati dan mengikuti perkembangan aktiviti eKelas anak-anak.

Aplikasi eKelas kini boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store dan Google Play Store.

Pendaftaran Maxis eKelas dibuka kepada pelajar, ibu bapa dan guru secara percuma menerusi laman web Maxis.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Disember 2021 @ 12:37 PM