Ruwaida Md Zain


Klang: Berpantang maut sebelum ajal. Seorang pemuda nyaris maut digilis tayar treler ketika mengisi angin tayar motosikalnya yang dipercayai berlaku di sebuah minyak di Bandar Sultan Suleiman, di sini pagi tadi.

Kejadian terbabit tular di media sosial sejak beberapa jam lalu itu, susulan satu rakaman video dari stesen minyak berkenaan yang berdurasi 23 saat.

Berdasarkan rakaman video itu, treler terbabit yang juga berada di lokasi secara tiba-tiba membuat pusingan untuk keluar dari stesen itu sebelum nyaris menggilis mangsa.

Mangsa yang mengisi angin tayar motosikalnya sempat bangun sebaik kaki kanannya hampir diseret treler berkenaan.

Turut tular gambar seorang wanita yang didakwa sebagai individu yang memandu treler berkenaan.

Ibu Pejabat Polis Daerah Klang (IPD) Utara ketika dihubungi memberitahu pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan dan mengesahkan mangsa akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 November 2021 @ 5:23 PM
TULAR di media sosial sebuah treler nyaris menggilis seorang pemuda yang sedang menggisi angin tayar motosikalnya. FOTO ihsan PEMBACA
TULAR di media sosial sebuah treler nyaris menggilis seorang pemuda yang sedang menggisi angin tayar motosikalnya. FOTO ihsan PEMBACA