Ahmad Hasbi


Seremban: Pembantu kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, hari ini, atas pertuduhan menggunakan wang palsu minggu lalu.

Tertuduh Zuraina Abdullah, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Diana Md Razali selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh menggunakan mata wang palsu sebagai tulen iaitu sebanyak satu keping note RM100 yang memakai nombor siri QD5566771 yang mana mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa note itu adalah palsu.

Kesalahan dilakukan di sebuah gerai baju di Telok Kemang, Port Dickson pada 13 November 2021.

ZURAINA dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan menggunakan wang palsu. foto minggu lalu. Azrul Edham Mohd Aminuddin
ZURAINA dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan menggunakan wang palsu. foto minggu lalu. Azrul Edham Mohd Aminuddin

Justeru itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan jaminan yang rendah.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM4,000 dan sebutan semula kes pada 16 Disember depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Christhoper Enteri Anak Mawan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 November 2021 @ 1:17 PM