Secure2u menawarkan fungsi pengesahan selamat (Secure Verification) dan Secure TAC nombor enam digit yang dijana terus melalui aplikasi mudah alih Maybank2u. - FOTO Hiasan
Secure2u menawarkan fungsi pengesahan selamat (Secure Verification) dan Secure TAC nombor enam digit yang dijana terus melalui aplikasi mudah alih Maybank2u. - FOTO Hiasan
Mohammad Asyraf Khalib

PERALIHAN teknologi menyaksikan sistem perbankan dalam talian seperti Maybank2u (M2U) terus menjadi pilihan pengguna. 

Selain mudah, transaksi melalui sistem perbankan itu juga sinonim dengan tawaran perkhidmatan yang cepat dan menjimatkan masa. 

Memahami keperluan semasa, Maybank komited meningkatkan ciri keselamatan transaksi dalam talian dengan menambah fungsi Secure2u pada M2U.

Menurut Maybank, Secure2u menghubungkan peranti pengguna kepada akaun Maybank, membolehkan pengesahan transaksi dibuat terus melalui peranti berdaftar sahaja.

Pengguna boleh meluluskan atau membatalkan transaksi sama ada menerusi pengesahan selamat 'Secure Verification atau 'Secure TAC' iaitu nombor enam digit yang dijana terus melalui aplikasi mudah alih M2U.

Ia adalah alternatif lebih selamat berbanding kaedah kod kebenaran transaksi (TAC) yang dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), sebelum ini kerap menjadi sasaran sindiket penipuan. 

MAE diperkukuh

Bagi meningkatkan pengalaman pengguna, Maybank dalam perkembangan terbaharu turut menyatakan sistem Secure2u bakal tersedia menerusi aplikasi MAE bermula 25 April.

Menariknya, pengguna boleh memilih untuk meluluskan atau membatalkan transaksi yang dibuat menerusi laman web M2U, aplikasi M2U MY dan MAE dengan mudah menggunakan MAE sahaja. 

Bagaimanapun, bagi pengguna yang hanya menggunakan salah satu aplikasi sama ada M2U MY atau MAE pula, tidak perlu bimbang kerana ciri baharu ini tidak menjejaskan anda.

Untuk mengaktifkan Secure2u, pengguna sedia ada hanya perlu melancarkan aplikasi MAE dan mengakses masuk untuk sekali pengaktifan selepas 25 April. Tiada pendaftaran diperlukan.

Bagi pengguna baharu pula, anda boleh mengikuti beberapa langkah mudah di bawah untuk mendaftar:

  1. Klik 'More' di aplikasi MAE.
  2. Pilih 'Settings', seterusnya 'Maybank2u' dan aktifkan fungsi 'Secure2u'.
  3. Ikut arahan yang dipaparkan pada skrin untuk pengesahan nombor telefon, masukkan 'One-Time Password' (OTP) dan hantar.
  4. Isi nombor kad pengenalan dan nama peranti anda.
  5. Secure2u selesai diaktifkan!

ImageImageImage

Selepas proses pengaktifan selesai, telefon pintar anda sudah sedia menerima notifikasi Secure2u pada bila-bila masa diperlukan.

Pengesahan transaksi laman web dan aplikasi M2U lebih mudah!

Image

Dengan adanya Secure2u transaksi melalui laman web dan aplikasi M2U diyakini lebih efisien kerana pengguna tidak perlu bersusah payah membuka aplikasi MAE untuk mengesahkan setiap transaksi.

Sebaliknya, anda hanya perlu menekan notifikasi pantas yang dihantar menerusi aplikasi MAE, semak maklumat transaksi dan pilih 'Approve' untuk meluluskan transaksi.

Jika ingin menyemak status Secure2u di aplikasi MAE, anda perlu ke bahagian 'Settings' dan pastikan Secure2u sudah diaktifkan.

Aktifkan Secure2u di MAE!

Jangan lepaskan peluang untuk mengaktifkan Secure2u di aplikasi MAE dan nikmati pengalaman perbankan dalam talian lebih lancar, selamat dan efisien!

Bagi anda yang belum memuat turun aplikasi MAE, ia boleh didapati menerusi Google Playstore dan Apple App Store.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fungsi menarik ditawarkan Secure2u di MAE, layari pautan ini

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 April 2021 @ 11:36 AM