Setiap pelanggan akan dibekalkan dengan pengalaman terbaik apabila membuat perbankan dengan laman web Maybank2u terkini. - FOTO Hiasan
Setiap pelanggan akan dibekalkan dengan pengalaman terbaik apabila membuat perbankan dengan laman web Maybank2u terkini. - FOTO Hiasan
Nur Amirah Abd Rani

KEPESATAN teknologi dalam setiap industri memudahkan setiap urusan dan proses pengguna. 

Institusi perbankan terkemuka Maybank, kekal komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik buat pelanggannya.  

Dalam perkembangan terbaharu Maybank mengumumkan laman web perbankan popular Maybank2u, bakal dipertingkatkan. 

Naik taraf yang bakal dilaksanakan adalah laman web Maybank2u Klasik akan ditamatkan dalam masa terdekat sepenuhnya dan butang 'Kembali ke laman web Maybank2u Klasik' juga akan dilupuskan.

Laman web Maybank2u terkini dilancarkan pada tahun 2018 dengan matlamat untuk menyediakan pengalaman perbankan dalam talian yang lebih mudah, menawarkan reka bentuk yang lebih teratur dan diperkemas. 

Walau bagaimanapun, perubahan ini hanya tertakluk kepada pelanggan individu manakala Maybank2u Biz tidak akan terjejas. 

Lebih efisien dan selamat

Image

Maybank menekankan bahawa laman web Maybank2u terkini menawarkan rangkaian perkhidmatan baharu agar  pengalaman perbankan dalam talian lebih cekap dan selesa. 

Selain itu, Maybank turut menjelaskan bahawa tidak akan ada perubahan yang berlaku kepada butiran log masuk pelanggan. 

Jadi, pelanggan boleh log masuk ke laman web Maybank2u terkini menggunakan nama pengguna dan kata laluan sama seperti biasa tanpa sebarang masalah. 

Sebarang butiran perbankan yang disimpan dalam talian seperti bil akan kekal tersedia secara automatik dalam laman web terkini. 

Ciri-ciri baharu 

Reka bentuk laman web Maybank2u terkini dilengkapi dengan set ciri perbankan yang dipertingkatkan untuk memberikan pengguna pengalaman perbankan yang lebih efisien.

Laman web Maybank2u semasa mempunyai semua ciri Maybank2u Klasik dan banyak lagi, termasuk pengurusan ASNB, pembaharuan insurans dalam talian dan Maybank EzyQ.

Antara ciri yang hanya terdapat pada laman web Maybank2u terkini termasuk matlamat penyimpanan untuk membantu anda berjimat, jejak baki wang, sejarah transaksi dan pemindahan dana ke akaun sendiri atau pihak ketiga, akses paparan gabungan aset dan liabiliti dengan mudah secara dalam talian melalui papan pemuka Wealth.

Selain itu, pelanggan boleh membuat janji temu cawangan secara dalam talian untuk lawatan yang lebih cepat dan selamat menggunakan Maybank EzyQ. 

Pelanggan tidak perlu risau kerana anda akan dibekalkan dengan keselamatan optimum apabila membuat perbankan dengan laman web Maybank2u terkini, sama seperti Maybank2u Klasik. 

Pelanggan dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati semasa menilai laman web terkini untuk melakukan transaksi. 

Berhijrah dengan langkah mudah

Untuk membantu memudahkan pertukaran, berikut adalah senarai maklumat yang berguna dan tutorial video langkah demi langkah untuk membantu pelanggan menyesuaikan diri dengan laman web Maybank2u terkini.

1. Navigasi papan pemuka Maybank2u

2. Ciri penting

Kunjungi http://www.maybank2u.com.my/m2uinfo untuk info lanjut dan menonton lebih banyak tutorial video serta senarai FAQ. 

Untuk bantuan lanjut, hubungi Maybank melalui Live Chat di web Maybank2u, Talian Khidmat Pelanggan di 1300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844-3696 (Luar Negara). 

Layari www.maybank2u.com.my dan log masuk ke akaun M2U anda.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 January 2022 @ 1:45 PM